Thursday, September 29, 2016

BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

BAB 10: PENYESUAIAN SOSIAL


  • Penyesuaian ialah proses adaptasi.
  • Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
  • Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
  • Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Ø  Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. 

Ø  Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.

·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah jelas
·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri
·         Membuat keputusan sendiri dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil
·         Mengimpikan hasil yang positif
·         Membentuk kemahiran professional untuk mengukuhkan konsep kendiri
·         Menggunakan kaedah sokongan dengan memberi  ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas prestasi yang telah dicapai
·         Menerima hakikat kelemahan diri.


10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL



Ø  Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.
Ø  Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.
Ø  Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Ø  Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran
    sendiri dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.



10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Ø  Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.
Ø  Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.
Ø  Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
Ø   Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.



10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Ø  Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Ø  Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Ø  Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.

a. BLOG
 Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber
    maklumat internet.
 Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
 Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
 Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik
    mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.

b. FACEBOOK
§  Menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran.
§  Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
§  Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan
§  sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.
§  Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain.  
§  Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada
§  gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
§  Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan
§  menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran
§  berkomuniti.
§  Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.

c. TWITTER
§  Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.
§  Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
§  Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.




10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
·         Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
§  Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.
§  Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang)
§  Tujuannya  adalah untuk :
ü  membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
ü  meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
§  Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.
§  Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti.
§  Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
§  Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
§  Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.
§  Kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.
§  Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
§  Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.

§  Oleh itu, lelaki zaman ini perlu berusaha lebih untuk meningkatkan pencapaian diri.

REFLEKSI
tanpa sosial, kita dapat diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengendahkan suasana di sekeliling kita. Sosial amat penting bagi menjana keyakinan kita di khalayak ramai. Terdapat pelbagai cara untuk bersosial secara sihat yang dapat dicontohi oleh pelbagai pihak. Kegagalan untuk bersosial secara sihat akan mengundang padah kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

BAB 9 SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

.

  • Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
  • Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.
  • Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
  • 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian Formatif

  • Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif

  • Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian

  • Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970). 
Pengukuran

  • Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran 
  • Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
  • Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
  • Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
  • Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan

9.1       JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Ø  Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.
Ø  Terdapat dua bentuk penilaian di IPGM iaitu Purata Mata Gred (PMG) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT)
·         PMG adalah nilai pencapaian seseorang pelajar pada satu semester.
·         PMGT adalah purata nilai gred yang diperoleh pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil.
Ø  Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru diadakan dalam beberapa bentuk iaitu:
a.    Peperiksaan – dijalankan pada setiap akhir semester untuk subjek tertentu
b.    Kerja Kursus
c.    Penilaian Praktikum –
·         penilaian pratikum di sekolah dilakukan setelah bimbingan berbentuk pencerapan klinikal dijalankan beberapa kali untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar.
·         Penilaian pratikum dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR2):
v  Interpersonal dan intrapersonal (10%)
v  Pengetahuan tentang mata pelajaran (10%)
v  Pengajaran dan pembelajaran (30%)
v  Komunikasi (10%)
v  Pengurursan bilik darjah (10%)
v  Penilaian (10%)
v  Kokurikulum (10%)
v  Peranan-peranan lain (10%)
·         Penilaian internship dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu(menggunakan Borang PR3):
v  Interpersonal dan intrapersonal (10%)
v  Perancangan projek/ aktiviti (20%)
v  Pelaksanaan projek/ aktiviti (20%)
v  Penilaian projek/ aktiviti (20%)
v  Refleksi (20%)
d.    Penilaian Bina Insan Guru (BIG) –
·         penilaian ini dilakukan oleh pensyarah penyelia serta pentadbir sekolah tempat BIG dijalakan.
·         Penilaian ini terdiri daripada beberapa perkara berikut:
v  Laporan program/ aktiviti (30%) – laporam reflektif; penilaian kendiri (pensyarah penyelia)
v  Portfolio (30%) – kadungan; kreativiti; kekemasan (pensyarah penyelia)
v  Rakaman audio/ video (30%) – audio; video (pensyarah penyelia)
v  Sahsiah (10%) – sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan (pentadbir/ sekolah)
e.    Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum –
·         Terdiri daripada unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan.
·         Setiap pelajar di IPG wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.

9.2       PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
Ø  Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
o   Peperiksaan – akhir setiap semester
o   Tugasan kerja kursus – dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
o   Praktikum – dijalankan pada semester 5, 6 dan 7
o   Bina insan guru – setiap semester
o   Aktiviti kokurikulum – semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/ olahraga dan semester 1 dan 2 untuk persatuan/ kelab dan sukan/ permainan
o   Internship – dijalankan pada semester 8

Ø  Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik; membuat ulang kaji; memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulang kaji.
Ø  Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti kokurikulum.

Tugasan Individu dan Tugasan Berkumpulan
·         Kerja kursus dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada kehendak soalan,
·         Dalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misalnya penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.

Intergriti Pelajar
·         Idea yang disampaikan dalam kerja kursus mestilah idea yang asli dan bukannya ciplak.

·         Contohnya seperti penulisan esei dengan idea sendiri dan membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan.


REFLEKSI
Pentaksiran amat penting bagi mengetahui keberkesanan sesuatu aktiviti kepada individu. Pentaksiran sering dikaitkan dengan peperiksaan yang menguji daya minda ingatan dan kefahaman individu.

BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SISTEM)

BAB 8 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SISTEM)



  • Suatu sistem pengurusan pembelajaran yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, dan kolej melalui internet.
  • Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan / latihan, ulang kaji dan peperiksaan.
8.1       CIRI - CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SPM)
Ø  menggunakan internet melalui e – pembelajaran yang diperoleh di laman web universitI, institut atau kolej.
Ø  memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek setiap semester
Ø  membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan
Ø  membantu pensyarah mengurus pentadbiran sepanjang pengajian di universitI, institut dan kolej berkenaan.

8.2       KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Ø  mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet.
Ø  menyampaikan ilmu pengetahuan
Ø  membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran
Ø  mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar
Ø  mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar

8.3       KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Ø  membantu meningkatkan pembelajaran pelajar melalui aktiviti on-line
Ø  Meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam satu sesi pembelajaran
Ø  Menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar
Ø  Membantu pihak pengurusan memantau pembelajaran pelajar jarak jauh

Ø  Menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran


REFLEKSI DIRI

Pada era permodenan ini, anda dikatakan mampu untuk mengubah dunia hanya dengan menggunakan satu jari sahaja. Semuanya hanya lah dapat digunakan di atas talian sahaja. E-Pembelajaran diwujudkan bagi membenarkan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran di mana-mana sahaja dan bukanlah terikat di sekolah sahaja.

BAB 7 : APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

BAB 7 APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1       Perisian Utiliti


Ø  perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.

Ø  Terdapat sebelas jenis perisian iaitu:

a)    Disk Scanner
·         Perisian yang terdapat dalam komputer
·         Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah fizikal dan logikal pada cakera padat dan disket.
·         Contoh Disk Scanner ialah ScanDisk dan Disk Cleanup.

b)    Disk Defragmenter
·         Perisian yang terdapat Microsoft Windows
·         Direka untuk membantu meningkatkan kelajuan computer dengan menyusun fail ke lokasi yang sesuai dalam disk.
·         Disk defragmenter boleh dilakukan tiga bulan sekali supaya computer menjadi cekap.
·         Contoh Disk Defragmenter ialah Accessori dan System Tool.

c)    Virus Scanner
·         Digunakan untuk melindungi computer daripada serangan virus
·         Contoh virus scanner ialah McAfee, Bitdefender dan Karpersky.

d)    File Compression
·         Digunakan untuk menggabungkan fail yang banyak dalam zip fail yang kecil
·         Tujuannya supaya boleh menghantar fail yang banyak dan besar dalam zip fail yang telah dipadatkan menjadi kecil.
·         File Compression menggunakan perisian seperti Win Zip dan WinRAR yang akan menukar kesemua fail kepada ZIP dan RAR.

e)    File Converter
·         Digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format yang lain.
·         Contohnya:  audio ke MP3
·         Tujuannya supaya boleh digunakan dengan alat audio dan video yang lain.

f)     Screen Capture
·         Mengambil imej pada skrin computer untuk kegunaan tertentu.
·         Dalam window, print skrin boleh dilakukan dengan klik (ALT + Print screen), kemudian membuka MS Words dan klik ( CRTL + V)

g)    Wireless Networking Tools
·         Diperlukan supaya computer mendapatkan maklumat berkaitan Wi–Fi yang berdekatan.
·         Wi–Fi ialah Wireless Networking Technology yang menggunakan gelombang radio untuk menyediakan internet tanpa wayar dan network connections.
·         Bagi computer yang tidak mempunyai Wireless Networking Technology, pengguna boleh mendapatkannya dalam bentuk USB yang dipasang pada computer berkenaan.

h)   Online File Sharing & Storage Tools
·         Contoh alat yang digunakan untuk penyimpanan dan perkongsian maklumat fail secara online ialah Dropbox, Skydrive dan Google Drive.
·         Alat ini digunakan untuk menyimpan foto, video dan dokumen secara online.

i)     Downloading Tools
·         Alat yang digunakan untuk memuat turun maklumat yang diperlukan daripada internet.
·         Contoh downloading tools ialah 4shared.com, uTorrent, playstore dan app store.

j)      Presentation tools
·         Alat yang digunakan untuk membuat persembahan.
·         Contoh alat ini ialah SlideShare, SlideRocket, Prezi, Goggle Presentation, AuthorSTREAM dan Ms Powerpoint.

k)    Disc Burning Tools
·         Alat yang digunakan unutk menyalin data atau fail daripada computer ke CD / DVD / HD-DVD / Blu-Ray.




7.2       PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
Ø  Digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan.
Ø  Digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen.
Ø  Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word.


7.3       PERISIAN HAMPARAN KERJA
Ø  Digunakan unutk memproses data dalam bentuk teks numeric.
Ø  Digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
Ø  Contoh perisian hamparan kerja ialah MS Excel.

7.4       PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Ø  Digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik.
Ø  Bahan persembahan boleh dihasilkan menggunakan blank presentation, design template dan from autocontent wizard.
Ø  Contoh perisian persembahan elektronik ialah MS PowerPoint.

7.5       PERISIAN PANGKALAN DATA
Ø  Merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun dan biasanya berbentuk elektronik.
Ø  Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access.
Ø  MS Access terdapat dalam perisian Microsoft Office.

7.6       BLOG
Ø  Berasal daripada perkataan “web Log” yang dicantumkan dan diringkaskan menjadi blog.
Ø  Pada peringkat awal, blogger menggunakan laman web yang dihoskan oleh institusi mereka.
Ø  Ledakan teknologi Web 2.0 mendorong kewujudan sistem hos blog percuma seperti wordpress.com sekitar tahun 2004.
Ø  Laman blog percuma ini telah memberi peluang kepada penulis blog untuk menulis blog persendirian.


REFLEKSI

Perisian komputer menyediakan kemudahan yang amat diperlukan bagi sesiapa yang sering menggunakan komputer bagi menjalani kehidpan seharian mereka. Namun, bukanlah semua pengguna mengetahu kegunaan kemudahan ini dan mengeluh terhadap komputer. Sedangkan, itu menjadi salah mereka kerana tidak mendalami ilmu ini secara lebih mendalam