Thursday, September 29, 2016

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar dapat ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan dan kebolehan yang harus dimiliki oleh setiap pelajar untuk membolehkannya merumus maklumat secara kendiri. Kajian Hewitt (1973) menerangkan bahawa faktor utama kegagalan pelajar untuk mencapai skor yang baik dalam pelajaran adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam mencari kaedah pembelajaran mereka yang betul. 

Dunn dan Dunn (1992) juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Hal ini jelas menunjukkan bawa kemahiran belajar memberii kesan kepada pencapaian akademik seseorang pelajar.


Text Box: KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
 




1)    Membantu seseorang pelajar untuk mempelajari ilmu secara sistematik dan bermakna.
2)    Memupuk minat  suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek masing-masing
3)    Meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar.
4)    Membantu pelajar menguruskan masa dengan sebaiknya.

Kemahiran belajar termasuklah:
  • Kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan
  • Kemahiran memproses maklumat
  • Kemahiran menyimpan maklumat



PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI (SELF REGULATED LEARNING)

" Pembelajaran regulasi kendiri (SRL) adalah pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran " (Pintrich, 1995). 

Model Winnie & Hadwin (1998) tentang pembelajaran regulasi kendiri

1.    memahami tugasan yang dilakukan
2.    menetapkan matlamat dan perancangan untuk mencapai objektif pembelajaran pada ketika itu.
3.  menjalankan strategi pembelajaran yang telah dirancang dan membuat penambahbaikan jika perlu.
4. membuat penilaian dan mendapatkan maklum balas berkaitan dengan menggunakan kaedah metakognisi.

REFLEKSI

Kemahiran Belajar amat penting bagi seseorang untuk memperolehi ilmu secara mudah dan betul. Tanpa mengetahui teknik kemahiran belajar dengan betul, anda ibarat mencurah ke daun keladi, kerana usaha yang anda lakukan, tidak membuahkan sebarang hasil yang jitu.



0 comments:

Post a Comment