Thursday, September 29, 2016

BAB 7 : APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

BAB 7 APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1       Perisian Utiliti


Ø  perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.

Ø  Terdapat sebelas jenis perisian iaitu:

a)    Disk Scanner
·         Perisian yang terdapat dalam komputer
·         Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah fizikal dan logikal pada cakera padat dan disket.
·         Contoh Disk Scanner ialah ScanDisk dan Disk Cleanup.

b)    Disk Defragmenter
·         Perisian yang terdapat Microsoft Windows
·         Direka untuk membantu meningkatkan kelajuan computer dengan menyusun fail ke lokasi yang sesuai dalam disk.
·         Disk defragmenter boleh dilakukan tiga bulan sekali supaya computer menjadi cekap.
·         Contoh Disk Defragmenter ialah Accessori dan System Tool.

c)    Virus Scanner
·         Digunakan untuk melindungi computer daripada serangan virus
·         Contoh virus scanner ialah McAfee, Bitdefender dan Karpersky.

d)    File Compression
·         Digunakan untuk menggabungkan fail yang banyak dalam zip fail yang kecil
·         Tujuannya supaya boleh menghantar fail yang banyak dan besar dalam zip fail yang telah dipadatkan menjadi kecil.
·         File Compression menggunakan perisian seperti Win Zip dan WinRAR yang akan menukar kesemua fail kepada ZIP dan RAR.

e)    File Converter
·         Digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format yang lain.
·         Contohnya:  audio ke MP3
·         Tujuannya supaya boleh digunakan dengan alat audio dan video yang lain.

f)     Screen Capture
·         Mengambil imej pada skrin computer untuk kegunaan tertentu.
·         Dalam window, print skrin boleh dilakukan dengan klik (ALT + Print screen), kemudian membuka MS Words dan klik ( CRTL + V)

g)    Wireless Networking Tools
·         Diperlukan supaya computer mendapatkan maklumat berkaitan Wi–Fi yang berdekatan.
·         Wi–Fi ialah Wireless Networking Technology yang menggunakan gelombang radio untuk menyediakan internet tanpa wayar dan network connections.
·         Bagi computer yang tidak mempunyai Wireless Networking Technology, pengguna boleh mendapatkannya dalam bentuk USB yang dipasang pada computer berkenaan.

h)   Online File Sharing & Storage Tools
·         Contoh alat yang digunakan untuk penyimpanan dan perkongsian maklumat fail secara online ialah Dropbox, Skydrive dan Google Drive.
·         Alat ini digunakan untuk menyimpan foto, video dan dokumen secara online.

i)     Downloading Tools
·         Alat yang digunakan untuk memuat turun maklumat yang diperlukan daripada internet.
·         Contoh downloading tools ialah 4shared.com, uTorrent, playstore dan app store.

j)      Presentation tools
·         Alat yang digunakan untuk membuat persembahan.
·         Contoh alat ini ialah SlideShare, SlideRocket, Prezi, Goggle Presentation, AuthorSTREAM dan Ms Powerpoint.

k)    Disc Burning Tools
·         Alat yang digunakan unutk menyalin data atau fail daripada computer ke CD / DVD / HD-DVD / Blu-Ray.




7.2       PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
Ø  Digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan.
Ø  Digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen.
Ø  Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word.


7.3       PERISIAN HAMPARAN KERJA
Ø  Digunakan unutk memproses data dalam bentuk teks numeric.
Ø  Digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
Ø  Contoh perisian hamparan kerja ialah MS Excel.

7.4       PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Ø  Digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik.
Ø  Bahan persembahan boleh dihasilkan menggunakan blank presentation, design template dan from autocontent wizard.
Ø  Contoh perisian persembahan elektronik ialah MS PowerPoint.

7.5       PERISIAN PANGKALAN DATA
Ø  Merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun dan biasanya berbentuk elektronik.
Ø  Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access.
Ø  MS Access terdapat dalam perisian Microsoft Office.

7.6       BLOG
Ø  Berasal daripada perkataan “web Log” yang dicantumkan dan diringkaskan menjadi blog.
Ø  Pada peringkat awal, blogger menggunakan laman web yang dihoskan oleh institusi mereka.
Ø  Ledakan teknologi Web 2.0 mendorong kewujudan sistem hos blog percuma seperti wordpress.com sekitar tahun 2004.
Ø  Laman blog percuma ini telah memberi peluang kepada penulis blog untuk menulis blog persendirian.


REFLEKSI

Perisian komputer menyediakan kemudahan yang amat diperlukan bagi sesiapa yang sering menggunakan komputer bagi menjalani kehidpan seharian mereka. Namun, bukanlah semua pengguna mengetahu kegunaan kemudahan ini dan mengeluh terhadap komputer. Sedangkan, itu menjadi salah mereka kerana tidak mendalami ilmu ini secara lebih mendalam 

0 comments:

Post a Comment