Thursday, September 29, 2016

BAB 5 : KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

BAB 5 KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA
·         Keupayaan mengambil nota semasa kuliah dan membaca teks adalah amat penting kepada pelajar di universiti dan institut pendidikan guru.
·         Pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan ketika mengulang kaji peperiksaan.
·         Kemahiran mencatat nota dapat ditingkatkan dengan latihan berulang kali.
·         Berikut adalah beberapa perkara penting ketika mencatat nota yang efektif:
ü  Mengetahui idea utama
ü  Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis
ü  Menggunakan cara yang sesuai seperti outline note atau column note
ü  Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik
ü  Menggunakan perkataan sendiri
ü  Mencatat sumber maklumat diperoleh


5.1       CARA-CARA MEMBUAT NOTA
1.    Annotation – nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.
2.    Outline notes – nota yang ditulis dalam bentuk isi-isi penting.
3.    Column notes – nota yang ditulis dalam bentuk kolum.
5.    Nota rumusan – nota dalam bentuk rumusan.

5.2       ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
1.    Pengurusan grafik
2.    Peta minda
3.    Pemetaan I – think
4.    Teknik menyoal aras tinggi
a.    Penyoalan sokratik
b.    Soalan bertumpu dan mencapah
c.    Lingkaran soalan
5.    Alat alat CoRT 1
6.    Alat – alat CoRT IV (Pemikiran kreatif)

1.    Pengurusan grafik
§  pemetaan atau pola penyusunan yang digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau fokus.
§  Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran iaitu:
a)    Membanding dan membeza
b)    Rajah jaringan
c)    Meneliti perhubungan bahagian – keseluruhan
d)    Membuat urutan mengikut pangkat
e)    Sebab & kesimpulan
f)     Rangkaian sebab
g)    Membuat keputusan
h)   Menyelesaikan masalah
2.    Peta Minda
§  Diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984.
§  Digunakan sebagai cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
§  Digunakan untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
§  Ciri-ciri peta minda adalah seperti berikut:
                                      i.        Menggunakan kata kunci
                                    ii.        Berasaskan imej
                                   iii.        Menggunakan pelbagai warna
                                   iv.        Dilukis dalam 3 dimensi
                                    v.        Lukisan dengan saiz yang berbeza - beza

3.    Pemetaan I – THINK
§  Program I – THINK adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid berinovasi.
§  Dalam program ini, terdapat lapan peta pemikiran iaitu:
                                      i.        Circle map
                                    ii.        Bubble map
                                   iii.        Double bubble map
                                   iv.        Tree map
                                    v.        Flow map
                                   vi.        Brace map
                                  vii.        Multiflow map
                                viii.        Bridge map
4.    Teknik menyoal soalan aras tinggi
§  Digunakan untuk menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
§  KBAT berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu mengingat (pengetahuan), memahami (kefahaman), mengaplikasi (Aplikasi), menganalisis (Analisis), mencipta (Sintesis) dan menilai (Penilaian).
§  Terdapat beberapa jenis soalan pada aras tinggi iaitu:
                                      i.        Penyoalan Sokratik – merangsang bentuk pemikiran secara mendalam berkaitan sesuatu konsep.
                                    ii.        Soalan Bertumpu dan Mencapah – soalan bertumpu adalah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad dan tepat manakala soalan mencapah adalah soalan yang mempunyai pelbagai jawapan, lebih analitik dan berbetuk  sintesis.
                                   iii.        Lingkaran Soalan – merupakan soalan yang dikemukakan secara berturutan dan berhiraki.


5.    Alat-alat CoRT
§  Alat berfikir CoRT (Cognitive Research Trust) diperkenalkan oleh Professor Dr.Edward de Bono pada tahun 1972.
§  Terdapat enam jenis alat CoRT iaitu CoRT 1, CoRT 2, CoRT 3, CoRT 4, CoRT 5 dan CoRT 6.
§  Dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Alat-alat CoRT 1 dan Alat-alat CoRT 4 digunakan
§  Alat-alat CoRT 1 bertujuan untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan.
§  Terdapat tujuh alat berfikir dalam CoRT 1 iaitu:

                                      i.        PMI (Plus, Minus, Interesting) – Baik, Buruk, Menarik
                                    ii.        CAF (Consider All Factors) – Mempertimbangkan Faktor-faktor Lain
                                   iii.        C & S (Consequence and Sequal) – Kesan dan Akibat
                                   iv.        AGO (Aims, Goals, Objectives) – Tujuan, Matlamat dan Objektif
                                    v.        FIP (First Important Priorities) – Keutamaan yang paling penting
                                   vi.        APC (Alternative, Possibilities, Choices) – Alternative, Kemungkinan, Pilihan
                                  vii.        OPV (Other Point Of View) – Pandangan Pihak Lain
§  Alat-alat CoRT 4 adalah kemahiran berfikir secara kreatif.
§  Terdapat 10 alat CoRT 4 iaitu:
                                      i.        Yes, No & Po – betul, tidak betul dan tidak pasti
                                    ii.        Stepping Stone – penghasilan idea baharu daripada idea asal
                                   iii.        Random Input – mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan sama sekali secara rawak untuk menghasilkan idea yang baharu.
                                   iv.        Concept Challenges – mencabar konsep bermaksud konsep lama diubah kepada satu kerangka yang baharu berdasarkan perubahan persekitaran yang baharu.
                                    v.        Dominant Idea – idea dominan merupakan alat yang digunakan untuk mengenal pasti idea dominan sesuatu perkara, isu, peristiwa dan rancangan.
                                   vi.        Define The Problem – mendefinisi masalah digunakan unutk memahami dan mengenal pasti permasalahan yang sebenar.
                                  vii.        Remove Faults – mengasingkan kelemahan digunakan untuk melihat kekurangan, kecacatan dan kelemahan yang terdapat pada sesuatu perkara.
                                viii.        Combination – kombinasi adalah usaha untuk menghasilkan idea baharu hasil cantuman dan gabungan pelbagai idea.
                                   ix.        Requirements – keperluan adalah unutk mengenal pasti keperluan-keperluan dalam sesuatu perkara, program, benda, produk dan peraturan.

                                    x.        Evaluation – penilaian digunakan untuk mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara.
REFLEKSI 
Teknik membuat nota harus dikuasai oleh semua pelajar , tambahan pula kepada pelajar IPT. Hal ini dikatakan demikian kerana, pensyarah tidak akan memberi masa untuk pelajar menyalin nota, namun, bergantung kepada pelajar itu sendiri untuk menentukan bagaimana nota mereka. Maka, kemahiran ini amatlah diperlukan bagi membentuk suasana pembelajaran yang kondusif.

0 comments:

Post a Comment