BAB 3 KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN
PENGURUSAN MAKLUMAT
Apa itu maklumat?
- Data, bahan dan pengetahuan
- Data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna
3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
a) Sumber
manusia - mendapat maklumat melalui temu
bual dengan guru, pakar bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan
sebagainya.
b) Media
elektronik – maklumat diperoleh daripada audio visual, computer, perpustakaan
dan pusat sumber.
c) Media
bercetak – bahan bercetak seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
d) Media
tiga dimensi – maklumat dalam bentuk model, boneka, terrarium yang dapat
diperoleh daripada muzium.
e) Sumber
persekitaran – maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam
persekitaran seperti bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan. Contoh: Apabila mendengar bunyi guruh, itu
menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.
3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT
Maklumat yang diperoleh perlu
diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai.
Terdapat dua jenis maklumat
iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Maklumat berbentuk hard copy
adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus.
Maklumat berbentuk soft copy
adalah bahan yang didapati secara online seperti e-book dan e-jurnal.
Maklumat boleh diperoleh
secara formal dan tidak berformal.
Maklumat formal iaitu sebarang
maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan.
Maklumat tidak formal adalah
sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam
facebook.
3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
Pencarian bahan di
perpustakaan menggunakan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan Electronic
Query Using Internet Protocol (E-QUIP).
OPAC dan E-QUIP digunakan
untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan.
Untuk mancari maklumat di
perpustakaan, pelajar boleh menghubungi pustakawan untuk mendapatkan penjelasan
yang lebih lanjut mengenai pengguanaan OPAC dan E-QUIP supaya dapat mengakses
bahan akademik dengan lebih cepat
3.4 PELAYARAN INTERNET
Berikut merupakan pangkalan data untuk
pendidikan:
a.
Perpustakaan Negara Malaysia -
b.
Pro-Quest: Disertation abstrak –
g.
ERIC – http://eric.ed.gov
3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER
a. Sumber primer
- maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik.
- dapat diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.
b. Sumber sekunder
- sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.
- Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya.
- Contohnya ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan lain-lain lagi.
REFLEKSI
Maklumat merupakan suatu perkara yang sangat penting. Apabila maklumat diperoleh, perkara yang perlu diambil kira adalah dari mana asal usul maklumat itu hadir, sebagai contohnya, dari sumber yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Maklumat boleh hadir daripada pelbagai pihak sebagai contohnya, manusia, perpustakaan, internet dan lain-lain. Kemahiran pengurusan maklumat haruslah dikuasai oleh setiap pelajar bagi memanfaatkan segala maklumat yang diperoleh.
hai hai hai
ReplyDelete