Thursday, September 29, 2016

BAB 4 : TEKNIK MEMBACA

BAB 4 TEKNIK MEMBACA
*      Membaca penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu topik. 
*      Membaca merupakan proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan.
*      Terdapat dua cara pembacaan iaitu:
- pembacaan cepat 
- pembacaan perlahan

4.1       PEMBACAAN CEPAT (Speed Reading Technique)



Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
-Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
-Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.

TUJUAN
  • Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
  • Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
  • Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.
MANFAAT

  • Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
  • Menjimatkan masa dan tenaga.
  • Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
  • Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
  • Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.
Terdapat dua jenis teknik bacaan cepat iaitu:
Ø  Luncuran/ skimming
Ø  Imbasan/ scanning

a)     Luncuran/ Skimming
·         Digunakan untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau teks yang dibaca.
·         Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh dan mendapatkan pandangan umum mengenai teks yang dibaca.
·         Luncuran dilakukan dengan membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan serta membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat.

b)    Imbasan/ scanning
·         Digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada teknik luncuran.
·         Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada persoalan pembaca.
·         Imbasan dilakukan dengan membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan.


4.2       PEMBACAAN PERLAHAN


  • Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
  • Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
  • Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.
TUJUAN


  • Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
  • Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
  • Menilai dan menganalisis penulisan.
MANFAAT



  • Lebih memahamai bahan bacaan.
  • Mudah untuk mengingati isi-isi penting.
Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu:
Ø  Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)
Ø  Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

1.    Teknik KWLH (Know, Want, Learned, How)
·         Digunakan untuk membantu pembaca berfikir ketika membaca
·         Diasaskan oleh Donna Ogle pada tahun 1986
·         K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topic yang dibincangkan.
·         W – menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan.
·         L – menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.
·         H – menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan berkaitan topik yang telah dibaca.

2.    Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)

·         Diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1967.
·         Teknik ini merangsang pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca untuk mendapatkan ilmu oengetahuan secara lebih mendalam dan membuat penerokaan.
·         Teknik ini membantu pembaca untuk memahami dan mengingat semula serta mengenal pasti maklumat yang dibaca.
·         S – menyemak teks yang ingin dibaca
·         Q – menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa yang dibaca dengan mendalam.
·         R – membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam teks.

·         R - membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks yang dibaca.

REFLEKSI
 Membaca merupakan suatu perkara yang tidak asing bagi seorang penuntut ilmu. Namun, bukan semua penuntut ilmu mengetahui teknik membaca yang betul. Dengan adanya teknik yang betul, pembacaan dapat dipermudahkan dan dapat memperoleh satu keputusan akhir yang bagus. Teknik membaca juga membantu kita untuk menjimatkan masa pembelajaran kita .

0 comments:

Post a Comment