Thursday, September 29, 2016

BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SISTEM)

BAB 8 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SISTEM)



  • Suatu sistem pengurusan pembelajaran yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, dan kolej melalui internet.
  • Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan / latihan, ulang kaji dan peperiksaan.
8.1       CIRI - CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (SPM)
Ø  menggunakan internet melalui e – pembelajaran yang diperoleh di laman web universitI, institut atau kolej.
Ø  memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek setiap semester
Ø  membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan
Ø  membantu pensyarah mengurus pentadbiran sepanjang pengajian di universitI, institut dan kolej berkenaan.

8.2       KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Ø  mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet.
Ø  menyampaikan ilmu pengetahuan
Ø  membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran
Ø  mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar
Ø  mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar

8.3       KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Ø  membantu meningkatkan pembelajaran pelajar melalui aktiviti on-line
Ø  Meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam satu sesi pembelajaran
Ø  Menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar
Ø  Membantu pihak pengurusan memantau pembelajaran pelajar jarak jauh

Ø  Menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran


REFLEKSI DIRI

Pada era permodenan ini, anda dikatakan mampu untuk mengubah dunia hanya dengan menggunakan satu jari sahaja. Semuanya hanya lah dapat digunakan di atas talian sahaja. E-Pembelajaran diwujudkan bagi membenarkan pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran di mana-mana sahaja dan bukanlah terikat di sekolah sahaja.

0 comments:

Post a Comment