BAB 6
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
Ø Kemahiran
memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis
dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.
Ø Tujuannya
supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang
diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.
6.1 MENGANALISIS
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
§ Bentuk
maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan
kualitatif.
§ Maklumat
kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks,
lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
§ Analisis
berbentuk kuantitatif:
o Data
bernombor boleh dianalisis dengan kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan
peratus.
o Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.
o Data yang banyak dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS).
o SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.
o Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.
o Data yang banyak dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS).
o SPSS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistik yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.
·
Berikut adalah beberapa contoh
maklumat dalam bentuk data bernombor:
i.
Jadual
ii.
Graf lengkung
iii.
Graf bar
iv.
Carta pai
v.
Piktograf
i.
Mentafsir maklumat
·
Mentafsir maklumat bermaksud
memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.
·
Mentafsir teks adalah memberi
penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat
dan mencari maksud tersirat.
·
Mentafsir foto, gambar, grafik
atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai
semak yang disediakan.
·
Berikut merupakan langkah –
langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:
a) Memecahkan
data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincangkan.
b) Meneliti
semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.
c) Membezakan
fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau
andaian.
d) Membezakan
idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama
dan idea sampingan.
ii.
Membuat kesimpulan
·
Kesimpulan adalah gagasan yang
dicapai pada penghujung perbincangan.
·
Kesimpulan dibuat berdasarkan
bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.
·
Terdapat dua perkara penting
untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai
rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.
·
Penilaian maklumat dalam penulisan
dibuat setelah maklumat dianalisis dan ditafsirkan serta kesimpulan berdasarkan
analisis ini dilakukan.
·
Menilai maklumat adalah
pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan
pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan.
·
Penilaian dibuat berdasarkan
kriteria – kriteria berikut:
i.
Autoriti – kesahan dan
kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
ii.
Ketepatan – maklumat yang
tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.
iii.
Saksama (Impartially)- bersifat
adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
iv.
Nilai semasa (currency)-
maklumat yang terkini
v.
Lengkap dan jelas( coverage)-
memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.
REFLEKSI
Apabila sesuatu maklumat telah diperoleh, maklumat tersebut hendaklah diingati dan dikaji, Oleh itu, bahan bertulis yang sering dilakukan untuk pemprosesan maklumat hendaklah disediakan di dikuasai. Sebagai contnya, maklumat yang diperoleh boleh ditafsir kepada carta graf, garisan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment