Thursday, September 29, 2016

BAB 2 : PENGURUSAN PMBELAJARAN

BAB 2 PENGURUSAN PMBELAJARAN
Pengurusan pembelajaran membincangkan aspek berkaitan:
a)    Penetapan matlamat diri dan akademik
b)    Pengurusan masa
c)    Mengenali gaya pembelajaran kendiri
d)    Strategi meningkatkan ingatan
e)    Perancangan jadual belajar.


2.1       PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK
·         Boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART
·         SMART digunakan untuk membantu individu bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepanjang hayat.




Apakah itu SMART?
S = Specific
M = Measurable
A = Attainable
R = Realistic
T = Timely

Huraian terperinci tentang SMART:

S = Spesifik bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.  Contohnya: “saya ingin mendapat cgpa 3.75” bukannya “saya ingin mencapai kejayaan cemerlang”.
M = Matlamat yang ditetapkan mestilah boleh diukur.  Contohnya, cemerlang tidak dapat diukur tetapi CGPA 3.75 boleh diukur.
A = Pencapaian yang realistik iaitu boleh dicapai oleh individu berkenaan.
R = matlamat yang realistic iaitu boleh dicapai secara berperingkat.  Matlamat yang tinggi akan meningkatkan motivasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
T = matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat dengan usaha yang berterusan.


2.2       PENGURUSAN MASA (TIME MANAGEMENT)
·         Pengurusan masa adalah keupayaan seseorang pelajar megurus masa yang ada untuk mencapai kejayaan diri dan akademik.  
·         Kejayaan dicapai oleh pelajar apabila pelajar:
a)    dapat menggunakan masa yang ada dengan menjalankan aktivitiyang berfaedah.
b)    berjaya menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan dengan jayanya.
c)    dapat mengawal diri dan kehidupannya dengan mengawal stress.
d)    Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan.
e)    Dapat menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan
f)     Mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan.
g) Mencari maklumat yang sesuai untuk membantu menyelesaikan tugasan
h) Menetapkan jangka masa yang tertentu untuk menyiapkan tugasan
i)  Mengurangkan masa melayari laman sosialmemilih tugasan yang lebih penting untuk disiapkan terlebih dahulu
j)  Membuat perancangan untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian


Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran, alatan dan sistem yang digunakan untuk membantu kita menyelesaikan kerja-kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan mengikut matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

TIPS DALAM PENGURUSAN MASA (RANDEL, 2010)

  1.               Menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan.
  2.     Menyediakan ‘Checklist’ tentang tindakan yang perlu diambil dalam menyiapkan tugasan.
  3.    Menggunakan kemudahan yang ada untuk memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan.
  4.            Memberikan focus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan tertentu
  5.       Menyenaraikan perancangan tugasan yang perlu dilakukan pada esok hari, lusa dan seterusnya sehingga tugasan berkenaan selesai.
  6.             Mencari maklumat yang sesuai untuk membantu menyelesaikan tugasan.
  7.             Menetapkan jangka masa yang tertentu untuk menyiapkan tugasan
  8.       Mengurangkan masa untuk melayan laman sosial, berbual kosong dan aktiviti yang serupa dengannya.


2.3       MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
·         Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu melakukan aktiviti pembelajaran supaya objektif pembelajran tercapai dengan lebih mudah dan cepat. Gaya pembelajaran bergantung kepada pelajar berkenaan iaitu mengikut keselesaan dan keminatan pelajar.

·         Terdapat beberapa model gaya pembelajaran iaitu Model Gaya Pembelajaran VARK, Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dan Model Gaya Pembelajaran Kolb’s.

MODEL GAYA PEMBELAJRAN VARK (VISUAL, AURAL, READING-WRITING, KINESTETIC LEARNING)
·    Model VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011).
·         Berikut adalah penerangan gaya pembelajaran VARK
1.    Visual – pelajar belajar melalui penglihatan contohnya gambar dan poster.
2. Audio – Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah dan penerangan.
3.    Bacaan/tulisan – Pelajar belajar melalui pembacaan dan penulisan contohnya menulis semula nota.
4.    Kinestetik – pelajar belajar melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktivit pembelajaran seperti pembelajaran luar bilik darjah.

MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (ENVIRONMENT, EMOTIONAL, SOCIOLOGICAL, PHYSICAL AND PHYCHOLOGICAL)

·         Model ini diasaskan oleh Dr. Rita Dunn dan suaminya, Kenneth Dunn pada tahun 1977 di New York (Allen, Scheve & Nieter, 2011)
·         Model ini menerangkan lima dimensi rangsangan pembelajaran juga berasaskan kepada perbezaan individu iaitu persekitaran, emosi, sosiologi dan fisiologi.

MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB’S
·         Model ini deperkenalkan pada tahun 1984 berasaskan Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner (Kahn, 2007).

·         Model ini menerangkan 7 gaya pembelajaran pelajar iaitu:
a)    Spatial – picture smart
b)    Musical – music smart
c)    Linguistic – word smart
d)    Bodily– kinesthetic –body smart
e)    Logical-Matematic – logic smart
f)     Interpersonel – people smart
g)    Intrapersonal – self smart



2.4       STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Ingatan jangka pendek
·         Adalah maklumat yang disimpan dalam jangka masa 15 hingga 30 saat (Atkinson & Shiffrin, 1971).
·         Boleh ditingkatkan dengan mengulangi maklumat berkenaan.
·         Kebanyakan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek menghadapi masalah lupaan.
·         Kebanyakan orang dewasan boleh menyimpan 5 hingga 9 item dalam ingatan ini (Miller, 1956).
·         Ingatan semula dilakukan dengan menyebut semula perkara yang ingin diingati.
Ingatan jangkap panjang
·         Adalah maklumat yang disimpan sehingga akhir hayat
·         Kebanyakan maklumat disimpan dalam keadaan luar sedar dan mudah diingati semula.
·         Ingatan ini juga boleh mengalami proses lupaan.
·         Ingatan semula boleh dilakukan dengan gambaran atau sebut semula (Atkinson & Shiffrin, 1968)



Strategi yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui beberapa teknik:
TEKNIK
PENERANGAN
CONTOH
Akronim
Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu.
RIMBA = reptilia, ikan, mamalia, burung, amfibia.
Akrostik
Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk ayat yang menarik.
Warna pelangi (merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu) = Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik.
Irama dan lagu
Menggunakan irama, pengulangan dan melodi sebagai alat bantuan untuk meningkatkan ingatan.
ABCDEFGHIJK… (bermelodi menggunakan irama twinkle, twinkle, little star).
Lokasi
Menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti sebagi visual.
Mengingati bahagian dan fungsi jantung menggunakan model jantung dengan bahagian-bahagian jantung.
Chunking
Teknik yang digunakan untuk mengingat nombor yang banyak.
019 – 6483 1996 = bina ‘potongan’ dengan mengingat 6483 dan 1996.
Latihan berulang-ulang
Membuat latihan berulang kali
Buku teks sejarah – hafal 5 ayat, tambah ayat ke-6 dengan mengulangi keseluruhan ayat 1 hingga 6.




2.5       PERANCANGAN JADUAL BELAJAR
·         Pengurusan masa yang baik dapat membantu pelajar supaya melakukan semua tugasan dengan cekap dan berkesan

rEFLEKSI 

Pengurusan pembelajaran amat diperlukan oleh setiap penuntut ilmu. Hal ini dikatakan demikian kerana, strategi memainkan peranan yang sangat penting dalam memperoleh suatu keputusan yang baik. Seperti dalam belajar juga, strategi juga amat diperlukan, sebagai contohnya, matlamat tersendiri haruslah ditetapkan sejak di awal pembelajaran lagi bagi membuka laluan minda untuk berusaha mendapatkan sesuatu sebagai contohnya pointer 4flat. Pengurusan masa juga harus di ambil kira agar masa yang terluang tidak dibuang begitu sahaja.

0 comments:

Post a Comment