Thursday, September 29, 2016

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

BAB 9 SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

.

  • Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
  • Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.
  • Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
  • 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian Formatif

  • Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif

  • Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian

  • Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970). 
Pengukuran

  • Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran 
  • Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
  • Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
  • Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
  • Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan

9.1       JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Ø  Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.
Ø  Terdapat dua bentuk penilaian di IPGM iaitu Purata Mata Gred (PMG) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT)
·         PMG adalah nilai pencapaian seseorang pelajar pada satu semester.
·         PMGT adalah purata nilai gred yang diperoleh pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil.
Ø  Pentaksiran di Institut Pendidikan Guru diadakan dalam beberapa bentuk iaitu:
a.    Peperiksaan – dijalankan pada setiap akhir semester untuk subjek tertentu
b.    Kerja Kursus
c.    Penilaian Praktikum –
·         penilaian pratikum di sekolah dilakukan setelah bimbingan berbentuk pencerapan klinikal dijalankan beberapa kali untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar.
·         Penilaian pratikum dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR2):
v  Interpersonal dan intrapersonal (10%)
v  Pengetahuan tentang mata pelajaran (10%)
v  Pengajaran dan pembelajaran (30%)
v  Komunikasi (10%)
v  Pengurursan bilik darjah (10%)
v  Penilaian (10%)
v  Kokurikulum (10%)
v  Peranan-peranan lain (10%)
·         Penilaian internship dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu(menggunakan Borang PR3):
v  Interpersonal dan intrapersonal (10%)
v  Perancangan projek/ aktiviti (20%)
v  Pelaksanaan projek/ aktiviti (20%)
v  Penilaian projek/ aktiviti (20%)
v  Refleksi (20%)
d.    Penilaian Bina Insan Guru (BIG) –
·         penilaian ini dilakukan oleh pensyarah penyelia serta pentadbir sekolah tempat BIG dijalakan.
·         Penilaian ini terdiri daripada beberapa perkara berikut:
v  Laporan program/ aktiviti (30%) – laporam reflektif; penilaian kendiri (pensyarah penyelia)
v  Portfolio (30%) – kadungan; kreativiti; kekemasan (pensyarah penyelia)
v  Rakaman audio/ video (30%) – audio; video (pensyarah penyelia)
v  Sahsiah (10%) – sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan (pentadbir/ sekolah)
e.    Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum –
·         Terdiri daripada unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan.
·         Setiap pelajar di IPG wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.

9.2       PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
Ø  Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
o   Peperiksaan – akhir setiap semester
o   Tugasan kerja kursus – dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
o   Praktikum – dijalankan pada semester 5, 6 dan 7
o   Bina insan guru – setiap semester
o   Aktiviti kokurikulum – semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/ olahraga dan semester 1 dan 2 untuk persatuan/ kelab dan sukan/ permainan
o   Internship – dijalankan pada semester 8

Ø  Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik; membuat ulang kaji; memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulang kaji.
Ø  Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti kokurikulum.

Tugasan Individu dan Tugasan Berkumpulan
·         Kerja kursus dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada kehendak soalan,
·         Dalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misalnya penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.

Intergriti Pelajar
·         Idea yang disampaikan dalam kerja kursus mestilah idea yang asli dan bukannya ciplak.

·         Contohnya seperti penulisan esei dengan idea sendiri dan membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan.


REFLEKSI
Pentaksiran amat penting bagi mengetahui keberkesanan sesuatu aktiviti kepada individu. Pentaksiran sering dikaitkan dengan peperiksaan yang menguji daya minda ingatan dan kefahaman individu.

0 comments:

Post a Comment